Bismillahirrahmaanirrahiim... :)
Allahumma Solli 'Alaa Saiyidina Muhammad... Salam Maulidurrasul buat saudaraku sekalian...
Dikala tepat 15 hari diriku menghilang, kerana bermusafir dan walaupun
sudah kembali ke tempatnya, kekangan kesibukan tidak mengizinkan diriku untuk
membuka blog, hinggalah ke hari yang ke-15 ini.
Namun telatah serta komen kalian yang budiman, membuatkanku terhibur
dan tersenyum... Alhamdulillah... :)
Diriku tahu... ramai yang monitor...
cuma kesibukanku yang teramat sangat dengan musafir dan urusan di sana
sini, sedikit membataskan…
Ketika diriku bermusafir… lebih fokus dengan memikirkan alam dan
membaca….
Sekalipun 15 hari tidak berkesempatan, namun diriku mengumpul segala
gambar dan video yang akan dipaparkan kemudian, dengan perspektif yang diolah
khas... yang akan dipaparkan dalam post yang mendatang, Insya Allah... :)
Prinsipku mudah... selagi tidak dapat memberikan yang terbaik, diriku
akan diam...
Namun, sisipan harian, Insya Allah, bolehlah dirujuk melalui facebook
"Islamic Traveller" yang diuruskan oleh pihak admin yang amat
berdedikasi dengan input musafir (jadual) serta ingatan yang Insya Allah,
mengembalikan kita ke langkah yang menguntum senyuman…
Hari ini pun, diriku ke masjid dan tertidur di sana sebelum Asar…
Seronok mendengar khutbah Jumaat dalam bahasa Inggeris…
Tidak dapat dielakkan apabila kucing jalanan akan ikut ke mana jua
diriku pergi….
Hingga ada yang tidak beri peluang untuk ku berjalan… kerana hendak
letakkan kepala di atas kaki ku untuk dijadikan bantal baring nya….
Ini bukanlah post yang dirancang…
Namun lebih kepada post untuk menjawab komen atau persoalan yang
diberikan…
Yang memerlukan belasan mukasurat untuk menjawabnya….
dan sekitar tujuh jam untuk memikirkan jawapannya...
Dalam ruangan komen, akan dijawab perkara-perkara yang 'tak terfokus'
pada blog... namun, sebagai menghargai, akan ku jawab yer...
semoga ini akan menghiburkan semua saudara yang budiman dan yang
memberi komen iaitu beberapa 'Anonymous', Fakhrul Radhi, serta Pemburu
Jannah... :)
Baiklah...
ku mulakan dengan sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :
"ALLAH menyukai pekerjaan yang dilakukan secara terus-menerus
walaupun perkara itu kecil ataupun sedikit." (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Jadi, kita mulakan dengan menjawab persoalan meow & kitten...
mama meow tersebut dan anak-anaknya dalam keadaan yang baik.. cuma ada dua ekor yang berkemungkinan sudah dijagai orang.
Inilah mama meow tersebut... :) |
Ingin ku kongsikan perkara unik yang berlaku padaku beberapa hari
lepas...
pada suatu pagi...
Perkongsian ini diasaskan kepada sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud
:
"Penunjuk jalan kepada kebaikan adalah seperti orang yang
mengamalkan kebaikan itu."
Dan…
Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda (yang
bermaksud) :
"Tidaklah seorang hamba bangun pada waktu pagi kecuali terdapat
dua orang malaikat yang turun dan berkata : "Yaa ALLAH, berikanlah
kelebihan harta untuk orang yang mengeluarkan infak (menafkahkan
hartanya)."
Malaikat yang satu lagi mengatakan : "Yaa ALLAH, berikanlah kepada
orang yang kedekut kerosakan hartanya."
(Hadith Riwayat Bukhari)
Pada pagi waktu Dhuha itu...
Ketika berjalan kaki...
maka lalu lah di depan sebuah pasaraya...
Sekalipun ada ramai orang keluar masuk pasaraya tersebut, ada seekor
kucing yang menunggu di bahagian luar kedai...
Lalu ia menyapaku... dengan ucapan "meow"...
Maka diriku pun mengucapkan "meow" juga padanya...
Anehnya... ia mengiringiku ke dalam kedai...
Belum pernah lagi kucing pergi shopping... ini kali pertama ku alami...
Ia mengiringiku hingga ke rak "Whiskas"...
dan seperti menunjukkan makanan kucing tersebut....
Lalu ku ambil beberapa bungkus Whiskas, dan pergi ke kaunter pembayaran...
di situ, ia menggesel kaki ku sambil memandangku... dan terus menunggu di luar...
seolah-olah ia tahu "kena bayar dulu, baru boleh makan Whiskas"...
Selesai membayar.... ia terus mengikutku dan ku usap kepala nya...
"Lapar yer.... kasihan dia..." ujar ku padanya di dalam
hatiku...
Marilah kita sama-sama memberi makan meow sekalipun jika kucing itu
hanya tinggal satu gigi atau telinga terkoyak yer...
Kita menziarahi kucing (mahupun manusia) itu bagi mendapatkan keredhaan
ALLAH S.W.T... Insya Allah yer..
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :
"Ada seorang lelaki yang sedang mengunjungi saudaranya di sebuah
kampung yang lain. Kemudian ALLAH menurunkan malaikat untuk menghalangnya di
tengah jalan. Ketika orang itu sampai di hadapan malaikat itu, malaikat itu pun
bertanya kepadanya : "Ke manakah kamu akan pergi?"
Orang itu menjawab :
"Saya ingin mengunjungi saudaraku yang tinggal di kampung ini."
Malaikat itu bertanya lagi :
"Apakah terdapat suatu kenikmatan dari saudaramu yang telah dia berikan kepadamu?"
Orang itu menjawab :
"Tidak, hanya kerana aku mencintainya kerana ALLAH."
Malaikat itu lalu berkata :
"Sesungguhnya aku adalah utusan ALLAH untuk menemuimu, dalam usaha
menyampaikan pesan bahawa ALLAH sesungguhnya mencintaimu sebagaimana kamu
mencintai saudaramu itu."
(Hadith Riwayat Muslim, dari Abu Hurairah r.a.)
Bagi isu yang dikemukakan "Pemburu Jannah" berkenaan solat di
dalam penerbangan dan makanan halal di luar negara...
Sebenarnya, saya mungkin memerlukan dalam puluhan muka surat untuk
menghuraikan, sebab saya menggunakan pelbagai kiraan dan koordinat...
namun untuk mempermudahkan kefahaman pembaca, saya ringkaskan sahaja
dengan bahasa mudah yer... Insya Allah... :)
Mari kita lihat beberapa aspek sebelum kita fikir berkenaan solat dalam
pesawat...
Ia bermula dengan pembelian tiket...
iaitu kita perlu memikirkan waktu berlepas pesawat (Estimate Time
Departure - ETD) dan waktu pendaratan pesawat (Estimate Time Arrival - ETA) dan
ke arah mana hala tuju penerbangan tersebut.
Contoh mudah, saya pernah ke Frankfurt, Germany, dalam bulan puasa.
Disebabkan penerbangan ke barat,saya mengejar matahari.. Jadi antara Zuhur ke
Asar, amat panjang... manakala antara Asar dengan Marghrib, juga amat
panjang...
Natijahnya, saya berpuasa selama hamper 20 jam pada hari tersebut.
Walaupun dibenarkan berbuka sebab bermusafir, namun saya tidak mahu
kehilangan Ramadhan saya kecuali jika benar-benar tidak tahan.
Perlu diingatkan yer...
Jika buka puasa, tetap perlu diganti pada hari lain yer, dalam tahun
hijrah yang sama...
Sebaliknya...
Jika terbang ke timur, antara Marghrib dan Isyak, hanya akan mengambil
masa 30 minit sahaja... manakala antara Isyak dan Subuh, mungkin hanya 3 jam
sahaja...
Hasilnya... kita perlu memikirkan ETD dan ETA kita sebelum membeli
tiket... Itu yang pertamanya...
Keduanya, adakah dalam bulan puasa atau bukan bulan puasa....
Jika Marghrib di KLIA adalah 7pm dan kita berlepas pada jam 6:45pm,
maka waktu Marghrib (waktu berbuka puasa) akan dikira mengikut ketinggian
pesawat, arah dituju (timur atau barat) dan kelajuan pesawat... Jadi, tiadalah
istilah kita berbuka puasa mengikut waktu di KLIA tersebut yer... kerana waktu
Marghrib dikira mengikut garis waktu tenggelamnya matahari di ufuk berdasarkan
kedudukan kita tersebut pada waktu itu secara tepat.
Secara mudahnya, waktu Marghrib di puncak Gunung Jerai, lebih lewat
berbanding di Alor Setar. Di puncak Gunung Kinabalu, lebih lewat Marghrib nya
berbanding di Kundasang.
Jadi, waktu Marghrib di Pekan, Pahang.. pada petang ini adalah pada jam
7:08 malam…
Namun, pada ketinggian sekitar 33000 kaki dari aras laut… Kita berkemungkinan hanya akan berada pada kedudukan masuknya waktu solat fardhu Marghrib di atas Pekan, Pahang… pada jam 7:38 malam… sebagai contoh.
Seterusnya, jika berlepas sebelum Marghrib dan sampai selepas Isyak,
sebagai contoh... maka kita boleh berniat Jamak Ta'hir, ketika dalam waktu
Marghrib, untuk mengerjakan solat Isyak di destinasi secara Jamak Ta'hir.
Rujukan berkenaan bagaimana hendak mengerjakan solat jamak serta qasar,
tanyalah pada ustaz mahupun ustazah.. atau rujuklah pada buku-buku panduan
solat yang banyak di pasaran yer…
Ditegaskan, jangan lupa berniat Jamak Ta'hir pada waktu yang pertama
iaitu pada waktu Marghrib atau Zuhur..
Jadi, tidak perlulah kita solat dalam pesawat, agar lebih sempurna
solat kita yer... untuk kes di atas..
Ada pesawat yang ada ruang solat seperti Airbus A330 di pintu kedua
sebelah kiri pesawat... Namun untuk pesawat kecil seperti ATR72, Airbus A320,
Boeing B737, tiada ruang solat dan perlu solat secara duduk di atas kerusi..
Disarankan mengambil wuduk sebelum masuk pesawat seperti kebiasaan yang
saya lakukan...
Kenapa yer....?
Di bilik air dalam pesawat, air adalah terhad. Keduanya, jika
penerbangan ke Jeddah untuk umrah mahupun haji, jika semua hendak berwuduk,
kita akan menyebabkan pesawat kekurangan air dalam tempoh yang segera.
Di bawah bilik air pesawat, adalah terdapat "E&E Bay"
atau Electronic & Equipment Bay, iaitu ruang nadi pesawat...
Jika bilik air basah hingga air melimpah dan hingga masuk E&E Bay
ini... maka kita membahayakan nyawa semua orang... dek hendak mengambil
wuduk...
Saya beri dua pilihan mudah...
Ambil wuduk awal ketika di rumah atau di lapangan terbang.. atau...
dapatkan bekas kosong kecil yang muncungnya ala spray minyak wangi; masukkan air ketika dalam pesawat... dan berwuduklah dengan konsep semburan dan sapuan.. Bukan membanjirkan E&E Bay... :)
Baiklah...
Solat dalam pesawat....
Marilah kita sama-sama memerhatikan sabda Rasulullah S.A.W. yang
bermaksud :
"Sesungguhnya ALLAH suka rukhsah (keringanan) yang diberikan
oleh-Nya dilaksanakan seperti ALLAH membenci maksiat dilakukan
kepada-Nya." (Hadith Riwayat Ahmad)
Rukhsah solat adalah dengan tujuan supaya umat Islam dapat mengerjakan
solat dalam semua keadaan; dan ini menunjukkan Islam mengambil berat kebajikan
umat serta agama yang mudah disempurnakan. Bagi yang bermusafir atau dalam
situasi tertentu, disyariatkan solat qasar (dipendekkan) mahupun jamak
(dihimpunkan).
Ibn Umar pernah menyatakan :
"Saya pernah menemani Rasulullah (S.A.W.), dan baginda tidak
pernah solat lebih daripada dua rakaat ketika bermusafir. Abu Bakar, Umar, dan
Uthman juga demikian." (Muttafaq 'alaih)
Asas solat dalam pesawat sama dengan solat dalam mana-mana kenderaan
lain yang bergerak... cuma pesawat, kita sebagai penumpang, ikut sahaja mana
arah pesawat itu menghala... "seat back, relax, enjoy the flight"...
Berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :
Ibnu Umar berkata : "Rasulullah (S.A.W.) solat di atas
kenderaan beliau menghadap ke mana
sahaja arah kenderaannya bergerak." (Hadith Riwayat Muslim)
Seperti yang dinyatakan tadi...
Dalam Airbus A330, di pintu sebelah kiri yang kedua, ada ruang solat,
manakala dalam ATR72 seperti Firefly mahupun MasWings, serta Airbus A320 (Air
Asia) dan Boeing B737 (Malaysia Airlines dan Malindo), tiada ruang solat
disebabkan ruang yang terhad.
Oleh itu, kita solat duduk di atas kerusi.
Ini didasarkan kepada yang dinyatakan oleh Ibnu Umar iaitu :
"Seorang sahabat bertanya kepada Nabi Muhammad (S.A.W.) berkenaan cara solat dalam perahu.
Nabi Muhammad (S.A.W.) menjawab :
"Solat di dalam perahu dalam keadaan berdiri kecuali sekiranya saudara takut tenggelam."
(Diriwayatkan oleh Daruqutni dan Al-Hakim)
Pesawat mungkin akan melalui ruang udara berawan yang menyebabkan
pesawat bergegar atau ruang kawasan sempit. Jadi, situasi seperti hadith di
atas.
Kita kembali kepada asas iaitu anjuran Islam yang memelihara
keselamatan umatnya daripada kemudaratan.
Ke mana hendak di arahkan solat kita yer...?
Mari kita sama-sama rujuk Surah Al-Baqarah, ayat ke-149, yang bermafhum
:
"Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan
sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjid Al-Haraam (Kaabah); dan
sesungguhnya perintah berkiblat ke Kaabah itu adalah benar dari Tuhanmu. Dan
(ingatlah), ALLAH tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu
lakukan."
Ibnu Abbas berkata bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :
"Baitullah adalah kiblat untuk penduduk yang berada di sekitar
Masjidil Haraam, dan Masjidil Haraam adalah kiblat untuk penduduk yang berada
di sekitar Tanah Suci, manakala Tanah Suci adalah kiblat untuk penduduk bumi
daripada umatku yang ada di sebelah timur dan di sebelah barat." (Hadith Riwayat Baihaqi)
Kemudiannya...
Kita hendak solat fardhu atau solat sunat dalam pesawat tersebut.. Sekiranya solat fardhu, wajib menghadapkan diri ke arah kiblat sekiranya mampu pada permulaan solat iaitu ketika takbiratul ihram. Sekiranya selepas itu, pesawat berubah arah dan mampu menghadap kembali ke arah kiblat, maka ia perlu dilakukakan. Namun sekiranya ia rumit, maka memadai dengan ketika takbiratul ihram sahaja kita menghadap kiblat tersebut.
(Hadith Riwayat Abu Daud)
Bagaimana hendak tahu arah kiblat dalam pesawat...?
Mintalah bantuan krew kabin untuk bertanya pada juruterbang arah kiblat
ketika itu dan bilakah pesawat dijangka membelok sebelum kiblat berubah
semula..
Koordinat Kaabah adalah :
N 21* 25' 21.05"E 039* 49' 34.26"
Namun, seandainya kita solat sunat...
berdasarkan mazhab Shafie, dibenarkan solat sunat di atas kenderaan
mahupun pesawat, dengan cara duduk dan tidak menghadap kiblat. Ini adalah suatu
kemudahan agama serta dapat diamalkan tanpa kesukaran yer...
Hujah untuk perkara di atas adalah, didasarkan kepada apa yang
dinyatakan oleh Salim bin Abdullah yang menjelaskan bahawa ayahanda nya berkata
:
"Nabi solat sunat di atas kenderaan baginda dengan menghadap ke
arah mana sahaja kenderaan itu menuju. Baginda juga mengerjakan solat witir
dalam keadaan itu. Tetapi baginda tidak melakukannya dalam solat fardhu."
(Hadith Riwayat Muslim)
Adakah boleh solat dalam keadaan duduk ketika dalam pesawat, sekiranya
tiada ruang solat, atau dalam situasi gegaran disebabkan cuaca...? Ya, boleh.
Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :
"Solatlah berdiri, sekiranya saudara tidak mampu, hendaklah duduk,
dan sekiranya saudara tidak mampu, hendaklah berbaring di sebelah tepi." (Hadith Riwayat Bukhari)
Berkenaan makanan halal…
Saya tidak akan mulakan dengan makanan halal di luar negara…
Saya mulakan yang asas dahulu…
Pertama, simpan nombor ini dan laman web berikut :
03 – 8892 5000 www.halal.gov.my
Kerana saya lihat tersangat ramai orang Islam di Malaysia yang kempunan
makan makanan dari luar negara, di restoran-restoran di Malaysia… sebagai
contoh, sesetengah restoran yang menghidangkan makanan Jepun dan seumpamanya,
tanpa bertanya kepada pihak cashier, adakah restoran tersebut memiliki sijil
halal JAKIM atau tidak.
Jawapan standard yang akan diberikan adalah :
Pertama… “Kami sedang mendapatkan sijil halal Jakim.”
Padahal jawapan yang sama juga diberikan beberapa tahun sebelumnya.
Kedua… “Tukang masak kami orang Islam.”
Sedangkan saya bertanya… “Adakah restoran ini telah mendapat pensijilan
Halal Jakim..?” Bukannya ditanyai “Adakah tukang masak orang Islam..?”
Jika tiada sijil Halal Jakim, dan hanya ada tukang masak orang Islam,
tidaklah berguna juga.
Kenalah rajin buka mulut dan tanya berkenaan sijil Halal Jakim di
kaunter dan janganlah menggunakan alasan “ramai orang Islam makan di situ”.
Jadikanlah Standard Operating Procedure sebelum makan di suatu kedai
mahupun restoran :
Pergi kaunter, minta sijil HALAL JAKIM.
Keduanya, chef orang Islam atau tidak.
Jika yang pertama tidak lepas, usahlah masuk restoran tersebut…
Tepuklah dada, tanyalah iman yer…
Firman ALLAH S.W.T. dalam Surah Al-Maaidah, ayat ke-88, yang bermafhum
:
“Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan ALLAH kepada kamu, iaitu
yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada ALLAH yang kepada-Nya sahaja kamu beriman.”
Jika restoran muslim yang biasa yang bukan jenis restoran rangkaian…
Tanyailah… “ayam ini didapati daripada mana…?” “Ada pensijilan Jakim atau tidak di situ..?”
Saya akan tanya semua soalan berkaitan sebelum proceed makan di kedai
tersebut…
Jadikanlah ini suatu kebiasaan… Betulkan yang biasa… Biasakan yang betul.
Sedangkan makanan kucing yang saya belikan sekalipun, saya lebih senang
belikan jenis ikan dan ada istilah “suci bersih” di situ…
Itu untuk kucing… apatah lagi untuk manusia yang beragama Islam yer…
Sebab…
“Dari Abu Abdillah Nu’man bin Basyir r.a. : “Saya mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda :
“Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhah (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka, barang siapa yang takut terhadap syubhah, bererti dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Dan barang siapa yang terjerumus dalam perkara syubhah, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Sebagaimana penggembala yang menggembalakan haiwan gembalaannya di sekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia akan memasukinya. Ketahuilah bahawa setiap raja memiliki larangan dan larangan ALLAH adalah apa yang Dia haramkan. Ketahuilah bahawa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh. Ketahuilah bahawa dia adalah hati.”
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Diulangi…
03 – 8892 5000 (HALAL JAKIM)www.halal.gov.my
Please keep in your phone as a primary phone number…
Jadikanlah sifat masuk restoran dan terus bertanya pensijilan HALAL
JAKIM sebagai perkara pertama dan bukannya melihat menu sebagai perkara
pertama…
Sesiapa yang membaca ini… dinasihati rajin-rajinlah bertanya di kaunter
yer…
HALAL JAKIM bukan setakat bermaksud halal… tetapi juga kebersihan
secara total..
Sekarang….
Jika asas pencarian makanan HALAL di Malaysia sudah LULUS, barulah saya
akan menceritakan kaedah mencari makanan halal di luar negara yang majoriti nya
bukan orang Islam penduduk di tempat berkenaan yer…
Di luar negara, contohnya Jepun, Korea, Hong Kong… secara lebih khusus…
Mungkin akan mengalami sedikit masalah berbanding di Australia, Jerman,
Lubnan, India, Sri Lanka…
Sebenarnya, saya sudah membuat kajian secara peribadi yang merangkumi
puluhan mukasurat namun saya ringkaskan di sini yer…. :)
Jika kita ke Osaka, Jepun…
Di lapangan terbang Osaka, ada restoran makanan halal…
Di lapangan terbang Hong Kong, ada sebuah restoran yang “Popeye” yang
halal…
Di SkyCity Marriot Hotel, Lapangan Terbang Hong Kong, ada menu halal
yang diiktiraf..
Di Hong Kong Disneyland, ada dua restoran halal…
Di Seoul, ada tempat yang di situ semuanya halal…
Berhampiran lapangan terbang Narita, ada mall… tiada yang halal…
Bagaimana yer…?
Di mall berhampiran Osaka… tiada yang halal… bagaimana yer…?
Di Incheon, Korea Selatan… tiada yang halal.. bagaimana yer…?
Di Beijing… ada kedai halal… tetapi ada wine, beer… bagaimana yer…?
Baiklah… di negara Malaysia, kita guna sistem HALAL JAKIM dan usahlah
dipermudahkan lagi sebab apa yang jelas adalah jelas…
Saya mula faham berkenaan restoran Jepun di Malaysia setelah apa saya
alami di mall berhampiran Narita Airport…
Saya seorang yang very very very particular makanan halal… sebab kita
perlu menghafal ilmu dan menghafaz ayat Al-Quran…
Jadi, kedai-kedai di Malaysia, memang saya akan periksa pensijilan halal
nya hinggalah kebersihan dapurnya… kerana saya sendiri pun memasak… jadi, saya
akan pastikan tahap kebersihan dapurnya sama dengan tahap kebersihan yang saya
kehendaki…
Baiklah… di mall di Narita tersebut…
Memang tiada kedai yang halal secara istilah total…
Namun kita akan kurangkan tahap keraguan seminimum mungkin…
Sama kaedah dengan menjawab soalan dalam peperiksaan untuk soalan
objektif…
ABCD… Kita buang jawapan yang ternyata salah dan pilih yang paling tepat…
Jadi, atas konsep yang sama…
Saya berjalan seorang diri… seperti biasa… dan… bagi menjadikannya lebih rumit..
tiada yang faham bahasa Inggeris ketika saya di situ…
Ada 2 cabaran…
Mencari kedai halal… dan masalah bahasa…
Jadi… saya dapatkan perkataan asas untuk saya hapuskan keraguan…
Iaitu “buuta”… Itu adalah haiwan yang kita tidak makan… faham-faham sendirilah yer…
Jadi… di setiap kedai makan yang saya hendak sentuh pintu nya…
Saya akan periksa menu di luar kedai…
Ada “buuta” atau tidak…
Jika ada “buuta”, saya akan elakkan…
Jadi… jika mereka kata, tiada “buuta”, maka baru saya masuk…
Soalan kedua saya buat mereka…
Saya ulang untuk kali kedua…
Ada “buuta”…? Mereka jawab dengan yakin… tidak…
Ada “sake”… yang mana saya ulang sampai berkali-kali sebab saya hendak mereka faham..
Mereka kata, tiada…
“sake” dengan bunyi bacaan “sakey”… adalah arak jepun…
Lalu saya pesan “tempura” sebab ia adalah makanan yang tiada daging
kecuali makanan laut…
Saya tanya…
Pakai minyak apa untuk masak…?
Maka jawapan mereka tidak ada yang meragukan….
Soalan seterusnya…
Dalam semua masakan ini… Ada tidak dimasukkan “sake” di dalam…
Mereka jawab “tidak”…
Saya tanya sekali lagi…
“Betul tiada sake di dalam mana-mana bahan ini…?”
Mereka pun berbincang…
Akhirnya mereka datang bawa sejenis botol kicap..
Iaitu dalam sup yang akan dicampurkan dalam makanan tempura itu…
Mereka jawab…
Dalam kicap ini, ada “sake”…
Lalu saya ucapkan terima kasih.. Arigato Gozaimas… dan mereka
tersenyum…
Makanya… saya makan kering sahaja “tempura” itu…
Sebagai contoh sahaja….
Faham-faham sendirilah yer…
Terpulanglah pada kita nak makan makanan yang bagaimana untuk dijadikan
darah daging kita yer..
Rujuklah kembali akan Surah Al-Maaidah, ayat ke-88 tadi yer…
Kembali kepada laman sesawang dan nombor hotline yang diberikan tadi
yer…
Maklumat lanjut, tanyalah pihak HALAL JAKIM yer…. Mereka pasti membantu dengan maklumat lengkap…
Di Korea… ada tempat makanan halal yang hasil daripada orang Turki yang
berniaga di sana…
Namun, di Incheon… agak sukar…. dan boleh dikatakan kesemua barangan
yang dijual, ditulis dalam ejaan bahasa Korea…
Yang diketahui… hanya Anyong Haseyo… :)
Jadi, kita cari nasi sahaja atau beras… dan cari sayur kimchi…
Dalam kategori boleh makan…
Bagi mengalas perut… Atau bekal dari Malaysia… makanan-makanan sejuk beku yang boleh dipanaskan…
Ada periuk nasi super mini, bawa lah yer…
Perlu di INGAT kan…
Tidak semua tempat kita dengan sewenangnya boleh membawa makanan dari
Malaysia yer… Contohnya Australia….
Namun di Australia, kebanyakan (tak kesemua) Nando’s adalah HALAL dengan sijil nya.
Jadi, back to basic… pergi kaunter… tanya…
Kaedah yang sama seperti di Malaysia…
Di China…
Seperti di Shanghai dan Beijing…. sebagai contoh…
Restoran halal diusahakan kebanyakannya oleh orang Uyghur… muslim..
Namun… atas dasar mengikut budaya di tempat tersebut…
Restoran Halal akan menjual sekali arak dan kedai tersebut dikunjungi
orang bukan Islam sebagai pengunjung yang teramai…
yang Halal nya adalah makanan… masakan… dan untuk orang Islam, pinggan
mangkuk berlainan yang telah di steril kan….
Kambing… halal… tapi tetap perlu bertanya…
Ayam… kena tanya… sebab tak semua disembelih secara istilah halal….
Kaedahnya…
Lihat logo “Halal”…. Sama ada dalam tulisan rumi atau arab… Kedua… tanya yang mana satu halal dan yang mana anda tidak pasti…
Jika ragu-ragu…
Beli sahaja mana yang dijamin halal… Lalu dibungkus dan makan lah dalam bilik hotel…..
Saya tidak makan di KFC atau McDonald di luar negara, kecuali di
Dubai….
Sebab ada daging dan ayam dalam periuk masakan yang sama… Sekalipun ada fish fillet….
Di Sydney…
Ada hotel yang menyatakan… ada menu halal… Jangan mudah terima yer…
Saya akan bertanya soalan asas…
Adakah periuk yang anda masak masakan halal ini, sama periuk dengan
yang anda masak daging yang satu lagi itu…?
Jawapannya.. ya…
Saya tidak pasti sama ada periuk itu betul-betul dibersihkan atau
tidak..
Maka saya kembali kepada hadith di atas tadi iaitu yang syubhah,
dielakkan.
Jadi…
Bagi sesiapa yang hendak keluar negara khususnya ke negara yang
memerlukan penelitian, sila buat homework dan kajian terlebih dahulu yer…. Jika hendak menceritakan semua ini, 70 muka surat pun saya belum dapat habis menceritakan…
Maka saya beri panduan asas sahaja yer…
Dengan dua soalan mudah yang diberikan, saya memerlukan dalam 13 muka
surat saiz A4 untuk mengulasnya… dan hampir 3800 patah perkataan menghuraikan
nya…
Selepas ini, saya akan memberi fokus kepada post yang terbaru yer…Insya
Allah….
Jadi, atas nilai pengembaraan yang sama…
Untuk post saya yang terbaru yang akan saya siapkan, Insya Allah… akan bertajuk…
"Darwin : The X, the Y, and the Z"
Apakah X,Y, Z tersebut…..
Dalam post itu, barulah saya akan nyatakan tajuk penuh iaitu apakah X,
Y, dan Z yang dimaksudkan… Nantikanlah… Insya Allah yer… :)
Sisipan semasa boleh didapati melalui facebook “Islamic Traveller” yang
diuruskan oleh admin yang penuh dedikasi…. Iaitu maklumat tambahan harian…
mahupun jika saya bermusafir…
Sedikit kesibukan agak membataskan… Namun, saya akan INSYA ALLAH,
menghasilkannya yer….
Sementara itu… rajin-rajinlah ke MASJID yer…
Kita hendakkan naungan arasy ALLAH S.W.T. di Yaumul Mahsyar kelak…
Insya Allah…
"ALLAH menyukai pekerjaan yang dilakukan secara terus-menerus walaupun
pekerjaan itu kecil ataupun sedikit."
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam sahih Muslim, disebutkan bahawa para malaikat bersalawat kepada
orang yang berjalan pergi ke masjid dengan mengucapkan :
"Yaa ALLAH, limpahkanlah salawat kepadanya, dan limpahilah dia dengan
rahmat selagi dia tidak mengganggu di dalamnya dan selagi dia belum berhadas." (Hadith Riwayat Muslim)
Untuk mereka yang istiqamah…
Dinyatakan dalam Surah Fusshilat, ayat ke-30 hingga ke-32, yang
bermafhum :
"Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata :
"Tuhan kami ialah ALLAH”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan
yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan
memberi ilham) :
"Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik
terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira
bahawa kamu akan beroleh SYURGA yang telah dijanjikan kepada kamu."
"Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari
akhirat; dan kamu akan beroleh – pada hari akhirat – apa yang diingini oleh
nafsu kamu, serta kamu akan beroleh pada hari itu – apa yang kamu cita-citakan
mendapatnya."
"(Pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan
penghormatan dari ALLAH Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
Semoga ada manfaatnya dan kita diampuni… Insya Allah…
Allahumma Solli ‘Ala Saiyidina Muhammad….
Assalaamu`alaikum warahmatullahi wabarokaatuh….
diambil semasa berada di sebuah majlis tilawah Al-Quran di Kuala Lumpur...
Subhanallah....!